Post Terbaru

Saturday, December 8, 2012

Betulkah Mimpi Mainan Tidur?


Orang kata, mimpi tu mainan tidur. Betul ke..? Masa tidur pun kita boleh main-main rupanya ye..? Hahaha...okay, mengarut sudah cik Dylla oii!! Kebetulan, aku bermimpi sesuatu yg sangat mengarut waktu Subuh tadi. Aku rasa betul la waktu tu Subuh sebab aku tersedar masa azan Subuh dilaungkan.

Mimpi mengarut tulah yg menyebabkan aku terpanggil nak menulis entri ni..cheh..macam apa je.

Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

"Mimpi itu ada 3 jenis. Mimpi yg berbentuk khabar gembira daripada Allah S.W.T, mimpi sedih daripada Syaitan dan mimpi yg disebabkan mainan jiwa seseorang."

Mimpi sedih daripada syaitan dan mainan jiwa tidak memberi sebarang erti. Jadi, jika kita bermimpi sesuatu seperti ini, janganlah kita mengambil berat tentang mimpi itu. Anggap saja mimpi itu sebagai hiasan tidur kita **aku sebenarnya susah betul nak dapat mimpi kalau tidur**

Para sahabat Baginda pernah bertanya tentang mimpi benar yg dimaksudkan di dalam hadithnya. Maka, Baginda menjawab,

"Mimpi yg benar adalah yg dimimpikan oleh orang-orang yg soleh."

Mimpi yg benar adalah gambaran yg diberikan oleh Allah S.W.T tentang perkara-perkara baik yg bakal berlaku dalam hidup. Mimpi yg benar juga boleh menjadi peringatan kepada perkara buruk yg bakal terjadi.

Mungkin ada di antara kita yg terlalu taksub dengan mimpi sehingga sanggup mencari tafsiran bagi mimpi yg kita alami itu. Aku tahu benda tu karut, tapi kadang-kala aku sendiri tak terlepas dari terfikirkan, "apa maksud mimpi tu ye..?"

Menurut hadith Al-Bukhari dan Muslim :

"Apabila salah seorang kamu melihat mimpi yg disukainya, sesungguhnya ia daripada Allah S.W.T, maka khabarkanlah kepada orang lain, dan sekiranya dia melihat yg sebaliknya dari apa yg dibencinya, maka sesungguhnya ia daripada Syaitan, maka beristi'azahlah (membaca A'uzubillahiminassyaitonirrajim) dan janganlah bercerita kepada orang lain, tidaklah ia dapat memudaratkan."

Sesungguhnya, Syaitan itu akan sentiasa cuba menyesatkan kita, walau di dalam mimpi sekalipun. Berhati-hatilah kita sebelum benar-benar pasti mimpi itu benar atau sebaliknya. Jangan terlalu taksub akan mimpi sehingga memudaratkan diri kita. Wallahu'alam.


p/s : tak pernah ambil peduli pasal mimpi sebab bagi aku mimpi itu memang mainan tidur

No comments: